Cili hijau kaya dengan pelbagai nutrisi termasuk lebih enam kali ganda vitamin C yang terdapat dalam buah oren. Ia juga memberi kita vitamin A, B2, B6, niasin dan folate yang penting dalam tubuh badan," - Dr Harsh Vardhan
Antara kebaikan cili hijau:
1. Kaya dengan fiber yang penting untuk sistem penghadaman sihat.
2. Membantu melicinkan kulit kerana ia kaya dengan vitramin C dan E.
3. Mempunyai kandungan air yang tinggi dan tanpa kalori, sekaligus menjadikan ia pilihan sihat kepada mereka yang ingin turunkan berat badan. Ia juga meningkatkan metabolisme dan mempercepatkan proses pengurangan berat badan.
4. Kaya dengan beta seperti karotena, antioksida dan 'endorrphins' yang membantu menjaga kesihatan jantung.
5. Penggunaan cili hijau yang kerap boleh menyeimbangkan tahap gula dalam darah dengan mengawal tahap insulin.
6. Dapat membantu meningkatkan imuniti dalam badan.
7. Kandungan vitamin K dalam cili hijau mampu mengurangkan risiko Osteoporisis dan pendarahan serius jika tercedera.