PES KURMA KAMBING INDIA UTARA by WAN SOO

Rating
25 Rating
10 Sold

Minimum Purchase:

1 quantity / (packet)

Weight with Packaging:

120 (Gram) / (packet)

Quantity:

available  50  Unit

Total Price:
RM7.50 /

Share:

Vip Shop
Penang Heritage Food by HMFI
Ratings: 5.00
Products: 30
Follower: 10

Product Specifications

Category

Agro Bazaar > Agro-Based Industries > Bahan Masakan

Brand

Wan Soo

Certificate

Product Description

PES KURMA KAMBING INDIA UTARA by WAN SOO


Berat Bersih: 100 gm

Jenis: Sedia-Untuk-Dimasak

Hidangan Untuk: 3-4 orang

Ketahanan & Cara Penyimpanan Sebelum Dibuka: 24 bulan daripada tarikh pemprosesan. Simpan di suhu bilik sahaja.

Ketahanan & Cara Penyimpanan Selepas Dibuka: Baki pes yang tidak digunakan HARUSLAH disimpan di dalam peti sejuk dan dihabiskan dalam tempoh 3 hari. Bekukan sahaja baki pes tersebut jika anda mencadang untuk tidak menggunakan baki pes dalam waktu terdekat.

Bahan Ramuan: Minyak Sawit, Air, Tomato, Cili Hijau, Rempah, Bawang Besar, Halia, Bawang Putih, Minyak Sapi, Garam, Serbuk Kas Kas, Gula, Garam Masala, Serbuk Jintan Putih, Daun Pudina, Serai, Daun Pandan, Kulit Kayu Manis, Buah Pelaga, Bunga Cengkih, Bunga Lawang.


Cara Memasak:

1.    Rebus 400g-500g daging kambing dengan air sehingga empuk.

2.    Masukkan daging yang telah direbus, 1 pek Pes Kurma Kambing India Utara Wan Soo, 100ml air dan 40g santan kelapa atau susu cair.

3.    Panas di atas api sederhana selama 5-10 minit.

4.    Untuk rasa yang lebih enak, jumlah air yang ditambah boleh datang dari kombinasi air rebusan daging kambing dan air biasa atau hanya air rebusan daging kambing.

5.    Sayuran seperti bawang,cili, daun pudina, daun ketumbar dan tomato juga boleh ditambah.

6.    Boleh juga tambahkan 1 sudu kecil yogurt dan sedikit perahan limau nipis pada penghujung proses memasak. Kacau sebati.

7.    Daging kambing boleh digantikan dengan daging lembu, ayam atau telur rebus.

8.    Hidangkan panas.


Juga Boleh Digunakan Untuk Memasak: Kurma Ayam/Daging/Sotong/Telur Rebus


Keistimewaan:

• Masak Kurma versi Indian style, lebih berempah, pekat dan ummphh daripada versi Melayu punya. Tak pedas. Sangat disukai kanak-kanak.

• Sungguh cepat digunakan, pes sudah lengkap dengan minyak, minyak sapi asli, dan secukup rasa.

• Tak perlu tumis pes ini dulu. Boleh terus tuang dalam periuk dan ikut arahan seterusnya.

• Sangat menjimatkan duit dan masa. 400gm daging kambing boleh dihidangkan untuk 8 orang sebenarnya. Kalau rebus daging kambing menggunakan pressure cooker, lagi cepat hidangan ini siap.

• Yang paling penting, dijamin HALALAN TOYYIBAN dan disahkan selamat untuk dimakan oleh KKM melalui persijilan MESTI.

• Tanpa MSG, bahan pengawet & bahan pewarna.

Product Ratings

There have been no reviews for this product yet.

From The Shop

Similar products

Feedback