
Dodol Tok Bri
TOK BRI adalah sebuah jenama yang bernaung di bawah syarikat FnC Kola Enterprise, iaitu sebuah syarikat tempatan yang terletak di Pulau Pinang. Syarikat ini mengeluarkan dan mengedar produk makanan tempatan syarikat yang khusus dalam penghasilan produk makanan berasaskan santan kelapa. Antara produk yang dihasilkan oleh syarikat ini termasuklah: 1) Dodol (Dodol Asli, Dodol Pandan, dan Dodol Durian) 2) Pes Rendang (Pes Rendang Tok, Hitam & Pedas) 3) Kuah Kacang Segera Dodol yang dihasilkan adalah dodol yang diinovasikan menggunakan teknologi dodol berenzim. Maka jangka hayat dodol lebih panjang dan kualiti produk lebih terjamin. Selain itu, syarikat ini juga telah mendapat pengiktirafan pensijilan Halal daripada JAKIM dan MeSTi daripada KKM,Malaysia.









