
C'MANIS MARKETING
C'Manis Marketing adalah syarikat yang khusus dalam mempromosi, mengedar dan menjual pelbagai produk berasaskan buah ikonik mangga Harumanis yang premium dan berkualiti tinggi dari usahawan-usahawan pengeluar produk harumanis di negeri Perlis. Kami menawarkan pelbagai pilihan seperti Jus Harumanis yang menyegarkan, Kordial Harumanis yang pekat dan enak, Jem Harumanis yang manis semulajadi, Seri Kaya Harumanis yang berkrim, Biskut Tart Harumanis yang lembut dan lazat, serta Sos Harumanis yang unik untuk pelbagai jenis masakan dan cicahan. Dengan komitmen terhadap kualiti dan keaslian rasa Harumanis, kami memastikan setiap produk dihasilkan dengan teliti bagi mengekalkan keunikan buah Harumanis Perlis Ori yang sudahpun terkenal di seluruh dunia. Nikmati keenakan asli Harumanis dalam setiap hidangan dengan C'manis Marketing – Manis, Asli, Memikat!






