
Pes Sotong Masala Wan Soo
Product Description
PES SOTONG MASALA by WAN SOO
Berat Bersih: 100 gm
Jenis: Sedia-Untuk-Dimasak
Hidangan Untuk: 3-4 orang
Ketahanan & Cara Penyimpanan Sebelum Dibuka: 2 tahun daripada tarikh pemprosesan. Simpan di suhu bilik sahaja.
Ketahanan & Cara Penyimpanan Selepas Dibuka: Baki pes yang tidak digunakan HARUSLAH disimpan di dalam peti sejuk dan dihabiskan dalam tempoh 3 hari. Bekukan sahaja baki pes tersebut jika anda mencadang untuk tidak menggunakan baki pes dalam waktu terdekat.
Bahan Ramuan: Minyak, Sup Tomato, Tomato, Bawang, Halia, Bawang Putih, Serbuk Cili, Gula, Garam, Daun Pudina, Kas-kas, Daun Kari, Serai, Asam Jawa
Cara Memasak:
- Masukkan 400g sotong, 1 pek Pes Sotong Masala Wan Soo dan 250ml(1 cawan) air.
- Panas di atas api sederhana selama 15 minit atau sehingga sotong masak.
- Pastikan kuah agak pekat dan berpalut pada sotong baru tutup api.
- Sotong juga boleh digantikan dengan makanan laut lain seperti telur sotong, udang dan ketam.
- Hidangkan panas.
Juga Boleh Digunakan Untuk Memasak: Telur Sotong Masala, Udang Masala, Ketam Masala (Sila rujuk FB Page/ IG Wan Soo Pes Nasi Kandar untuk melihat resepinya)
Keistimewaan:
- Satu-satunya pes masala di pasaran.
- Kaya dengan rasa rempah dan pekat.
- Sungguh cepat digunakan, pes sudah lengkap dengan minyak dan secukup rasa.
- Tak perlu tumis pes ini dulu. Boleh terus tuang dalam periuk, letak air, sotong, buka api, biarkan sotong masak, kuah agak pekat berpalut pada sotong dan dah siap.
- Sangat menjimatkan duit dan tenaga. Boleh bayangkan tak kalau satu family 5 orang pergi kedai nasi kandar, setiap pinggan ambil salah satu antara sotong, udang, ketam, atau telur sotong, agak-agak berapa jumlah semuanya yang perlu dibayar???
- Yang paling penting, dijamin HALALAN TOYYIBAN dan disahkan selamat untuk dimakan oleh KKM melalui persijilan MESTI.
- Tanpa MSG, bahan pengawet & bahan pewarna.
Jika berminat untuk mengikuti Home Dealer Programme kami sebagai seorang stokis/agen/dropship, Whatsapp kami di 019-480 9337.



