
Pes Nasi Briyani Penang by Wan Soo
Product Description
PES NASI BRIYANI PENANG by WAN SOO
Berat Bersih: 180 gm
Jenis: Sedia-Untuk-Dimasak
Hidangan Untuk: 6 orang
Ketahanan & Cara Penyimpanan Sebelum Dibuka: 2 tahun daripada tarikh pemprosesan. Simpan di suhu bilik sahaja.
Ketahanan & Cara Penyimpanan Selepas Dibuka: Baki pes yang tidak digunakan HARUSLAH disimpan di dalam peti sejuk dan dihabiskan dalam tempoh 3 hari. Bekukan sahaja baki pes tersebut jika anda mencadang untuk tidak menggunakan baki pes dalam waktu terdekat.
Bahan Ramuan: Minyak, Bawang, Rempah, Halia, Bawang Putih, Minyak Sapi, Kas-kas, Daun Pudina, Daun Ketumbar, Serai, Gula, Garam, Kulit Kayu Manis, Bunga Lawang, Buah Pelaga, Bunga Cengkih, Garam Masala, Kunyit, Daun Pandan, Air Mawar
Cara Memasak:
- Masukkan 1 pek Pes Nasi Briyani Wan Soo dan 500ml (2 cawan) air. Biarkan mendidih.
- Masukkan 125ml (1/2 cawan) krimer sejat (susu cair) dan 400g (2 cawan) beras Basmathi.
- Biarkan nasi masak.
- Untuk rasa yang lebih enak, tambahkan kismis, buah gajus dan daun pudina. Kacau sebati.
- Hiaskan dengan Bawang Goreng Premium Dara Sekurun.
Juga Boleh Digunakan Untuk Memasak: Ayam/Daging/Kambing Briyani dan Nasi Briyani Berlauk (Sila rujuk FB Page/ IG Wan Soo Pes Nasi Kandar untuk melihat resepinya)
Keistimewaan:
- Resepi Nasi Briyani Mami Penang. Lain negeri, lain rasa Nasi Briyani nya.
- Sungguh cepat digunakan, pes sudah lengkap dengan minyak, minyak sapi, air mawar dan secukup rasa.
- Tak perlu tumis pes ini dulu. Boleh terus tuang dalam periuk nasi dan ikut arahan selanjutnya.
- Aromanya sungguh wangi sampai jiran sebelah pun bau.
- Sangat menjimatkan duit dan masa. 400gm beras Basmathi/beras biasa dan 1 pek pes, dalam tempoh 15 min dah boleh siap hidangan istimewa ini.
- Yang paling penting, dijamin HALALAN TOYYIBAN dan disahkan selamat untuk dimakan oleh KKM melalui persijilan MESTI.
- Tanpa MSG, bahan pengawet & bahan pewarna.
Jika berminat untuk mengikuti Home Dealer Programme kami sebagai seorang stokis/agen/dropship, Whatsapp kami di 019-480 9337.



