
Pes Mee Goreng Mamak Wan Soo
Product Description
PES MEE GORENG MAMAK by WAN SOO
Berat Bersih: 100 gm
Jenis: Sedia-Untuk-Dimasak
Hidangan Untuk: 3-4 orang
Ketahanan & Cara Penyimpanan Sebelum Dibuka: 2 tahun daripada tarikh pemprosesan. Simpan di suhu bilik sahaja.
Ketahanan & Cara Penyimpanan Selepas Dibuka: Baki pes yang tidak digunakan HARUSLAH disimpan di dalam peti sejuk dan dihabiskan dalam tempoh 3 hari. Bekukan sahaja baki pes tersebut jika anda mencadang untuk tidak menggunakan baki pes dalam waktu terdekat.
Bahan Ramuan: Minyak, Kicap, Cuka, Cili Kering, Gula, Kacang Tanah, Sotong Kering, Garam
Cara Memasak:
- Cairkan 1 pek Pes Mee Goreng Mamak dengan 20ml air.
- Masak 500g mee dengan pes yang telah dicairkan dan sedikit tauge.
- Untuk rasa yang lebih enak, tambahkan ubi kentang rebus, cucur, tauhu goreng atau telur.
- Hidangkan panas.
Juga Boleh Digunakan Untuk Memasak: Mee Rebus Mamak (Sila rujuk FB Page/ IG Wan Soo Pes Nasi Kandar untuk melihat resepinya)
Keistimewaan:
- Resepi Mee Goreng Mamak asli di negeri Pulau Pinang seperti di zaman 70an 80an dulu
- Mengandungi sotong kering berkualiti tinggi dan serbuk kacang tanah di dalam pes ini. Bukan Mee Goreng Mamak original la kalau tanpa 2 bahan ini.
- Sungguh cepat digunakan, pes sudah lengkap dengan minyak dan secukup rasa.
- Tak perlu tumis pes ni dulu. Boleh terus buka api, letak kuali, tuang pes, air dan masukkan terus mee/kuey teow/bihun/magee. P/S: Pes ini khas untuk mee kuning. Seperti yang kita tahu, mee kuning sudah sedikit masin. Jika anda menggunakan kuey teow/bihun/magee rasanya mungkin sedikit tawar, dan anda perlu tambahkan garam, gula dan cuka ikut selera anda.
- Sangat menjimatkan duit dan masa. 1 bungkus mee kuning (500gm) dan 1 pek pes, dalam tempoh 10 min dah boleh siap hidangan makan pagi/petang untuk 6 orang. Kos dalam RM3 je untuk seorang.
- Yang paling penting, dijamin HALALAN TOYYIBAN dan disahkan selamat untuk dimakan oleh KKM melalui persijilan MESTI.
- Tanpa MSG, bahan pengawet & bahan pewarna.
Jika berminat untuk mengikuti Home Dealer Programme kami sebagai seorang stokis/agen/dropship, Whatsapp kami di 019-480 9337.



