
Pes Kari Ikan Penang Wan Soo
Product Description
PES KARI IKAN MAMAK by WAN SOO
Berat Bersih: 180 gm
Jenis: Sedia-Untuk-Dimasak
Hidangan Untuk: 6 orang
Ketahanan & Cara Penyimpanan Sebelum Dibuka: 2 tahun daripada tarikh pemprosesan. Simpan di suhu bilik sahaja.
Ketahanan & Cara Penyimpanan Selepas Dibuka: Baki pes yang tidak digunakan HARUSLAH disimpan di dalam peti sejuk dan dihabiskan dalam tempoh 3 hari. Bekukan sahaja baki pes tersebut jika anda mencadang untuk tidak menggunakan baki pes dalam waktu terdekat.
Bahan Ramuan: Minyak, Tomato, Bawang, Halia, Bawang Putih, Asam Jawa, Garam, Kas-kas, Daun Pudina, Daun Kari, Serai, Halba, Biji Sawi, Jintan Manis, Jintan Putih.
Cara Memasak:
- Masukkan 400g ikan, 1 pek Pes Kari Ikan Wan Soo dan 250ml (1 cawan) air.
- Panas di atas api sederhana selama 10 minit atau sehingga ikan masak.
- Untuk rasa yang lebih enak, tambahkan sayuran seperti bendi, tomato, daun pudina dan cili hijau.
- Hidangkan panas.
Juga Boleh Digunakan Untuk Memasak: Kari Kepala Ikan & Kari Telur (Sila rujuk FB Page/ IG Wan Soo Pes Nasi Kandar untuk melihat resepinya)
Keistimewaan:
- Kari Ikan Mamak/Indian style dan tidak perlu menggunakan santan. Nak letak juga tak masalah.
- Kaya dengan rasa rempah dan pekat.
- Sungguh cepat digunakan, pes sudah lengkap dengan minyak dan secukup rasa.
- Tak perlu tumis pes ini dulu. Boleh terus tuang dalam periuk, letak air, ikan, buka api, biarkan ikan masak, kuah sedikit pekat dan dah siap.
- Sangat menjimatkan masa dan tenaga. Ikan adalah bahan mentah yang cepat masak. 10 min dijamin dah boleh siap tanpa perlu nak bersusah-susah.
- Yang paling penting, dijamin HALALAN TOYYIBAN dan disahkan selamat untuk dimakan oleh KKM melalui persijilan MESTI.
- Tanpa MSG, bahan pengawet & bahan pewarna.
Jika berminat untuk mengikuti Home Dealer Programme kami sebagai seorang stokis/agen/dropship, Whatsapp kami di 019-480 9337.



