
Ibu Sambal D'Apbroze
Product Description
PES MASAKAN KAMPUNG CITARASA ANDA…Pes masakan kampung yang simple bagi memudahkan anda menyediakan masakan dengan lebih mudah dan cepat. Anda tidak perlu lagi kupas bawang, potong cili kering, blend dan tumis.Pendek kata dengan Ibu Sambal D'Apbroze ini, anda mampu sediakan apa saja menu masakan kampung untuk anak-anak walaupun malam baru sampai ke rumah. Pastinya anak-anak tidak lagi perlu menunggu lama untuk menikmati makan malam.Pelbagai menu masakan kampung boleh disediakan seperti masak sambal, rendang ayam, gulai daging, nasi goreng, sambal nasi lemak, bakar, asam pedas, ayam masak merah, sotong, ikan dan lain-lain lagi.Diperbuat daripada 100 peratus bahan semulajadi dan yang paling istimewa tiada sebarang pengawet dan perisa tiruan digunakan.Pes masakan kampung ini amat sesuai kepada anda yang alergik pada makanan laut kerana ianya tiada belacan dan ikan bilis.Hanya panaskan 2 sudu besar, kemudian masukkan bahan-bahan lain mengikut citarasa anda untuk hidangan 3 hingga 5 orang, sekejap sahaja hidangan telah siap.Anda tidak perlu bimbang walaupun kurang mahir memasak kerana kami turut menyediakan lebih 20 tutorial video menu masakan kampung, pastinya suasana rumah anda, hari-hari, hari raya.Walaupun masih belum mempunyai sijil halal, kami penuh yakin Ibu Sambal D'Apbroze terjamin kesucian dan kebersihannya kerana dimasak secara homemade oleh pengusaha muslim/bumiputera di bawah bimbingan MARDI, FELCRA dan FAMA.Setahun enam bulan sebelum dipasarkan beberapa sampel sambal tumis telah dihantar ke makmal MARDI untuk diuji ketahanannya bermula November 2015.Selepas selesai ujian kami dibimbing dengan kaedah pembungkusan pes masakan kampung oleh agensi berkenaan.Beberapa botol sampel sambal masakan kampung pertama telah disimpan pada suhu bilik selama tempoh 18 bulan.Setiap tiga (3) bulan satu (1) botol sampel dibuka dengan memasak menu masakan kampung menggunakannya bagi memastikan keaslian rasa sambal berkenaan tidak terjejas.Akhirnya setelah botol terakhir dibuka pada Februari 2017, barulah kami berpuas hati dan sekali lagi ianya dihantar untuk menjalani ujian nutrisi juga di nakmal MARDI sebelum dipasarkan pada April tahun yang sama.Semenjak daripada itu, ramai yang telah mencuba dan menjadi pelanggan setia. Antara perkataan-perkataan yang keluar daripada mulut mereka, “masak apa pun semua jadi sedap”, “memasak jadi lebih senang dan jimat masa”, “I must say it was the best ready make sambal in the market” dan lain-lain lagi pasal pes masakan kampung ini. Cubalah sekarang, pastinya menu masakan kampung yang dimasak tidak akan mengecewakan anda dan keluarga anda.Kehidupan anda pastinya tidak huru-hara lagi, anda jimat masa..jimat wang…jimat segala-galanya dengan pes masakan kampung Ibu Sambal D’Apbroze.



