
Bawang Goreng Premium Dara Sekurun
(0 ratings)
Agro-Based Industries
RM 16.00
Stock:100 units available
Weight:140 g
Minimum Purchase:1 pax
Quantity:100 available
Shipping Options
Standard delivery available
Seller Information
Product Description
BAWANG GORENG PREMIUM by DARA SEKURUN
Berat Bersih: 110 gm
Ketahanan Sebelum Dibuka: 1 tahun daripada tarikh pemprosesan
Ketahanan Selepas Dibuka: Habiskan dalam tempoh 3 bulan. Masukkan insert putih semula ke tempatnya dan tutup dengan penutup botol dengan sempurna bagi mengelakkan ianya lemau.
Cara Penyimpanan Sebelum & Selepas Dibuka: Di suhu bilik. Jauhkan daripada cahaya, terik mentari dan kawasan yang panas.
Bahan-bahan: 99% Bawang Rose India, 1% lagi terdiri daripada garam, gula, minyak, tepung
Kenapa ianya PREMIUM???:
- Disebabkan ianya menggunakan Bawang Rose India, aromanya sangat harum, sangat ranggup.
- Kulit bawang dikupas sehabis bersih, bawang yang kotor dicuci sebersihnya menggunakan air mengalir, dipotong senipis yang boleh, diadun secukup rasa, digoreng sepenuh kasih sayang, dan dibungkus dengan telili.
- Tiada bahan pengawet, bahan pewarna atau MSG.
- Langsung tidak berminyak walaupun digoreng secara tradisional (menggunakan minyak).
- Minyak masak juga tidak diulang pakai untuk menggoreng bawang sampai warna minyak bertukar hitam. Sebab itu, warna bawang goreng keluaran Dara Sekurun sekata, cantik dan sedap mata memandang.
- Yang paling penting, disahkan HALAL oleh JAKIM dan disahkan selamat untuk dimakan oleh KKM melalui persijilan MESTI.
- Tak perlu risau ada kandungan plastik, lilin atau bahan-bahan berbahaya di dalam ini. Semuanya natural. Ranggup pun secara semula jadi, disebakan teknik penggorengan yang betul. Sebab tu kalau tidak ditutup dengan betul, akan senang nak lemau.
Cadangan Hidangan:
- Digunakan sebagai bahan taburan / garnishing di atas masakan anda seperti nasi putih, nasi biryani, nasi minyak, nasi goreng, mee/bihun/kueyteow/magee goreng/rebus/sup, bubur, sup, lauk pauk dan sebagainya.
- Boleh digunakan sebagai salah satu bahan dalam masakan anda seperti di dalam inti bergedil, daging masak hitam dan sebagainya.
- Juga dijadikan snek sihat untuk mereka yang berpantang, diet & kanak-kanak.
FB Page & IG: Dara Sekurun Official
Jika berminat untuk menjadi distributor/agen/dropship kami, Whatsapp kami di 019-480 9337. Modal RM2++ je.
Related Products



